BeritaMenarikProgram

Zakat Fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.

Pengerusi MAINS, Dato’ Seri Dr.Abdul Aziz Ab Kadir MAINS berkata, penetapan itu berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.75 kilogram.

“Pewartaan kadar zakat fitrah ditetapkan RM7 untuk pengguna beras jenis Super Special Tempatan lima peratus, RM12.50 pada pengguna beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM22.00 bagi pengguna beras Super Basmathi.

“Insyah Allah pada tahun ini kita menjangkakan akan mengumpul RM7 juta (zakat fitrah),” katanya.

Bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam menunaikan ibadah itu, MAINS menyediakan kaedah pembayaran bersemuka dan secara dalam talian termasuk kaunter zakat MAINS, menerusi 1,250 Amil Zakat Fitrah yang ditauliah MAINS atau di http://www.zakatns2u.biz/fitrah, MAINS Pay serta JomPAY.

Menurut MAINS, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan boleh menghubungi talian MAINS di 06-7651402 atau laman sesawang http://www.mains.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button