Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sedia tapak penjaja di taman perumahan baharu

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah kehadapan dengan memastikan setiap pembangunan taman perumahan yang baharu menyediakan tapak untuk penjaja.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Keusahawanan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, segala kemudahan awam untuk sesebuah taman perumahan diteliti seperti keperluan tapak penjaja, surau, tadika, taman permainan, balai raya, kolam takungan banjir dan lain-lain disediakan untuk keselesaan penduduk.

“Bagi memastikan projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilancarkan di Mantin baru-baru ini benar-benar kondusif dan selesa untuk mereka yang bakal menghuni nanti, kita meneliti pelan bangunan secara terperinci.

“Sebelum pembinaan yang bakal bermula pada awal tahun hadapan nanti setelah mendapat kelulusan KM, kita perlu memastikan rumah yang dibina mengikut spesifikasi standard yang baik.

“Pelan bangunan yang dirancang diteliti dan dinilai secara menyeluruh.

“Untuk kawasan perumahan baharu yang bakal dibina di Mantin ini akan menyediakan ruang 0.5 ekar untuk tapak penjaja,” kata Mohamad Rafie selepas mengadakan perbincangan dengan pemaju projek perumahan RMM di Mantin.

Show More

Related Articles

Back to top button