Berita

Cha sumbang RM30,000 kepada SK Labu Ulu

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin menyumbang 80 set meja dan kerusi kepada Sekolah Kebangsaan Labu Ulu (SKLU) pada Jun 2022, untuk kegunaan murid-murid Tahun 1.

Cha berkata, beliau turut menyumbang 30 buah meja di Bilik Guru dan 10 set meja komputer untuk Bilik ICT.

“SKLU adalah antara sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, iaitu sekolah yang ditubuhkan sejak tahun 1895 dan masih berdiri teguh sehingga hari ini.

“Kita jangan lupakan sejarah, kerana lipatan sejarah akan menjadikan kita menghargai sumbangan masa lampau.

“Kesemua kelengkapan ini adalah permohonan yang dikemukakan oleh Guru Besar SKLU, Puan Nur Fairudzaini yang sentiasa pro-aktif dalam pembangunan sekolah.

“Sejumlah RM30,000 di bawah peruntukan Ahli Parlimen Rasah telah digunakan untuk pembelian kesemua meja dan kerusi tersebut,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button