Berita

Aishah sumbang RM17,000 kepada masjid dan surau DUN Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM17,000 kepada masjid dan surau yang terdapat di dalam DUN Gemas.

Siti Aishah berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak masjid dan surau menjalankan aktiviti di bulan ramadan.

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya.

“Terima kasih kepada Pegawai Agama Islam Gemas merangkap Pengerusi Masjid Kampung Ladang, Ustaz Iylia Shairazi Mazlan yang turut hadir pada majlis ini,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button