Berita

Aishah sumbang ‘Voucher Raya’ kepada 23 Food Rider

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, saya mengambil kesempatan ini untuk menyumbang ‘Voucher Raya’ yang berjumlah RM80 setiap seorang kepada 23 penghantar makanan ‘Food Panda’ dan juga ‘Grab Food.’

“Saya sempat berbual dengan salah seorang dari mereka, sepanjang bulan Ramadan ini, pendapatan mereka agak kurang.

“Banyak tempahan pada waktu malam sahaja. Saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk saya meringankan sedikit bebanan mereka dengan memberi ‘Voucher Raya’ tersebut.

“Walaupun nilainya agak sikit, tetapi besar maknanya pada mereka.

“Saya juga melihat ada seorang OKU yang bekerja dengan ‘Food Panda’.

“Syabas! Beliau tidak menganggap kekurangan pada diri itu sebagai alasan untuk tidak bekerja dan mencari rezeki dengan cara yang halal,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button