Aishah tawar penajaan sambung pengajian ke KAYNS
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman menawarkan penajaan yuran pendaftaran kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian ke Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS).
“10 pelajar terawal yang mendaftar bersama KAYNS akan menerima tajaan yuran pendaftaran daripada saya.
“Usaha ini bagi menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan SPM menyambung pendidikan di KAYNS dan secara tidak langsung melahirkan lebih ramai anak muda dengan pendidikan berkemahiran tinggi,” jelas Siti Aishah.
Siti Aishah berkata demikian dalam majlis taklimat pendaftaran pelajar KAYNS baharu bagi tahun 2021.
Taklimat dikendalikan oleh pegawai KAYNS, Encik Mohd Adeey di Dewan Kampung Kurnia DiRaja.
Turut hadir, Penghulu Mukim Gemas, Encik Rosdi Yunus; Pengerusi MPKK Kampung Kurnia DiRaja, Encik Mahmod Isa dan Pengerusi JKKR Felda Jelai 4, Encik Jumasri Rahim.