Berita

DSAI rasmi kilang ‘mask’, buka peluang pekerjaan

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan pembukaan kilang Euginmask iaitu sebuah kilang perusahaan tempatan yang membuat pelitup muka (mask) di Lukut, Port Dickson.

“Saya difahamkan Eugin Resources Sdn Bhd mengeluarkan pelitup muka yang sangat berkualiti untuk dipasarkan dalam negara.

“Saya merakamkan penghargaan kepada syarikat ini yang turut terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat (CSR) dengan menyumbang bekalan pelitup muka kepada warga yang terkesan.

“Dengan pembukaan kilang ini, saya yakin ia secara tidak langsung akan membantu sektor pekerjaan tempatan dan juga akan meningkatkan bekalan pelitup muka bagi mendepani ancaman wabak Covid-19,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button