Berita

Deepavali simbolik kebaikan atasi kejahatan: ZUNITA

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, Deepavali atau Pesta Cahaya adalah simbolik yang melambangkan kebaikan berjaya mengatasi kejahatan.

“Deepavali ini juga mengingatkan kita nilai ketabahan, kekuatan dalaman dan keberanian dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Selain itu, kita juga dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat setempat,” kata Noorzunita.

Noorzunita berkata demikian di Program Sambutan Deepavali DUN Pilah.

“Saya juga turut memberikan sumbangan kewangan kepada masyarakat India yang memerlukan.

“Ini supaya mereka dapat membuat persiapan menjelang perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi,” tambah Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button