Berita

Aktiviti mengecat Surau Hubbul Watan dapat sokongan Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren berkata, telah berkesempatan melawat dan menyantuni warga Surau Hubbul Watan, Fasa 10, Taman Seremban Jaya yang bergotong-royong mengecat surau.

“Saya memuji semangat bekerjasama ahli jawatankuasa surau yang bergotong royong mencantikkan surau ini.

“Saya juga akan menyumbang RM1,000 kepada Surau Hubbul Watan bagi menampung kos-kos mengecat surau,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali; Pengerusi KRT Fasa 10, Taman Seremban Jaya, Encik Yusriy dan Pegawai Teknikal Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban, Encik Sharul.

Show More

Related Articles

Back to top button