Berita

Isu banjir diatasi di Kampung Mantin Dalam

NILAI: Masalah banjir di Kampung Mantin Dalam telah diatasi dengan pelaksanaan kerja-kerja sistem perparitan di satu kawasan perumahan di kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, projek ini dilaksana melalui projek Tanggungjawab Sosial Pelanggan (CSR) Negeri Roadstone Sdn Bhd dengan kos RM6,000.

kawasan ini mempunyai lima buah rumah dan setiap kali hujan beberapa rumah dinaiki banjir kerana tidak ada sistem perparitan yang sesuai dalam kawasan tersebut.

“Dengan pelaksanaan kerja-kerja ini masalah banjir dapat diatasi di kawasan kampung ini,” kata Arul Kumar.

Turut hadir, Pengarah Negeri Roadstone Sdn Bhd, Encik Nazri Kassim.

Show More

Related Articles

Back to top button