Berita
Amanah 3, PKR 3, DAP 2 di Negeri Sembilan
SEREMBAN: Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah muktamadkan pembahagian kerusi parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.
Pengerusinya, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.
“Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan bertanding di Kuala Pilah, Rembau dan Port Dickson.
‘DAP pula akan bertanding di Seremban dan Rasah,” kata Aminuddin.
Pada PRU-14, kerusi Kuala Pilah dan Jempol ditandingi oleh Bersatu yang telah meninggalkan Pakatan Harapan pada tahun 2020 selepas Langkah Sheraton.