Berita

Jambatan Bukit Pelanduk – Sungai Pelek: Impak positif ekonomi dan pelancongan

SEREMBAN: Pembinaan jambatan baharu menghubungkan Bukit Pelanduk, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pelancongan bagi kedua-dua negeri terutamanya di kawasan sempadan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, apabila jambatan ini siap dibina, kawasan pelancongan Port Dickson dan Bagan Lalang akan bertambah pesat.

“Projek ini akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di Port Dickson, lebih-lebih lagi apabila projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Jajaran Selatan yang akan menghubungkan Banting ke Port Dickson dan Melaka siap nanti.

Memendekkan jarak perjalanan Port Dickson – Kelang

“Pembinaan jambatan tersebut juga boleh memendekkan jarak perjalanan daripada Port Dickson ke Kelang yang pastinya akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan sedia ada seperti Lebuhraya Seremban – Kuala Lumpur dan Lebuhraya KLIA,” ujarnya.

Dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan hari Jumaat; Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM160 juta bagi membina sebuah jambatan yang menghubungkan Bukit Pelanduk, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang.

Show More

Related Articles

Back to top button