Aktiviti

Aminuddin beri sumbangan ‘Ramadhan’ kepada 40 keluarga asnaf

SERI MENANTI: Sebanyak 40 keluarga asnaf daripada Kampung Bukit Melintang terima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Diharapkan sumbangan ini dapat memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini.

“Dalam pada itu, menjelang 10 malam terakhir Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berusaha agar dapat dipertemukan dengan malam al-Qadar.

“Ia merupakan malam yang penuh berkat, serta malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan malam di mana doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

“Insyah Allah semoga kita semua kekal bersemangat untuk beribadah menjelang berakhirnya Ramadan yang dicintai ini,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Show More

Related Articles

Back to top button