Berita
Aminuddin dan Suhaimi beri sumbangan ‘Ramadhan’ kepada 91 keluarga asnaf
LENGGENG: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan ADUN Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim memberi sumbangan kewangan kepada 91 keluarga asnaf di Masjid Kariah Machang Hilir.
“Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat memeriahkan sambutan Ramadhan pada tahun ini,” kata Aminuddin.
Aminuddin dan Suhaimi juga berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah di masjid tersebut.