Berita

Loji Rawatan Air Gemas dijangka membekalkan 40 juta liter air sehari

GEMAS: Bagi memenuhi permintaan bekalan air terawat yang meningkat seiring pembangunan semasa, beberapa cadangan dan pelaksanaan penambahbaikan dan menaiktaraf aset serta infrastruktur bekalan air telah dirancang di seluruh Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, salah satu projek yang bakal dilaksanakan adalah projek menaiktaraf dan membaikpulih Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru yang akan memberi manfaat kepada 15,000 akaun pengguna.

Terdapat dua kerja utama yang akan dijalankan di LRA ini iaitu:

i. Pembinaan paip pengepaman baru dengan diameter 500 mm dari LRA Gemas Baru sehingga ke Kolam Imbangan Londah sepanjang 5.2 kilometer.

ii. Pemasangan dua unit pam baru di kawasan muka sauk dan empat unit pam baru di stesen pengepaman air terawat.

“Projek naiktaraf ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti bekalan air sehingga 40 Juta Liter Hari (JLH) bagi sebahagian kawasan di daerah Tampin dan Jempol serta dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Menaiktaraf Loji Rawatan Air Gemas Baru.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button