Berita

Aminuddin dan Wan Hasni santuni warga emas sempena Deepavali

GEMAS: Sempena sambutan Hari Deepavali, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan isterinya YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof telah menyantuni empat keluarga yang mempunyai ahli keluarga warga emas.

Aminuddin yang juga Ketua Cabang KeADILan Tampin dan Wan Hasni telah berkunjung ke rumah Timbalan Ketua Cabang KeADILan Tampin, Saudara Suresh Krishnapillai di Kampung Tiong Gemas untuk jamuan Deepavali.

Aminuddin dan Wan Hasni bersama Pengerusi MPKK Kampung Baru Gemas, Encik Gobi Narayanan telah menyantuni empat keluarga beragama Hindu yang mempunyai ahli keluarga warga emas.

“Saya telah menghulurkan ‘Duit Deepavali’ dan kuih Deepavali kepada empat keluarga warga emas ini.

“Semoga sumbangan ini menceriakan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini.

Turut bersama, Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman Othman.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button