Berita

Aminuddin lancar Billboard Gergasi di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melancarkan Billboard LED Gergasi Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) di Dataran Kuala Pilah malam tadi.

Aminuddin berkata, penyediaan Billboard ini merupakan salah satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu; iaitu melaksanakan projek pemasangan Billboard LED Gergasi di setiap daerah di Negeri Sembilan.

“Setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan telah diperuntukkan melaksanakan projek pemasangan Billboard LED Gergasi seumpama ini dengan peruntukan RM500,000 untuk setiap PBT.

“Kewujudan Billboard LED Gergasi di sini, diharapkan dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar ataupun di dalam daerah untuk melakukan aktiviti riadah di Dataran Kuala Pilah ini.

“Secara tidak langsung hal ini dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat dengan menjana peluang menambahkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

“Besarlah harapan saya agar Billboard ini dapat digunakan sebaiknya untuk kebaikan semua penduduk setempat, Insyah Allah,” kata Aminuddin.

Aminuddin dan isterinya, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof turut menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dan Manchester City yang disiarkan secara langsung di Billboard; yang juga salah satu gimik pelancaran Billboard tersebut.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button