Berita

Aminuddin dekati penduduk Pengkalan Kempas

PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni penduduk di Pengkalan Kempas.

Aminuddin berkata, beliau beramah mesra bersama penduduk dan mengajak mereka untuk mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

“Sementara itu, saya juga telah beramah mesra bersama mahasiswa Kolej Uniti di Masjid Tanjung Agas.

“Kebanyakkan mereka merupakan pengundi kali pertama.

“Saya mengingatkan kepada mereka pentingnya keluar mengundi dalam pilihan raya kerana setiap undi mampu mencorak masa depan negara,” kata Aminuddin yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button