Berita

Bakri sumbang RM9,000 kepada mangsa kebakaran Kuala Klawang

KLAWANG: Tiga mangsa kebakaran menerima sumbangan kewangan RM9,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), YB Dato’ Ir.Bakri Sawir.

Bakri berkata, kedai milik Puan Faridah yang meniaga kuih bahulu, Puan Hawa (nasi lemak) dan Encik Mustaza (sabun pencuci) terbakar dalam satu kejadian baru-baru ini.

“Saya menyerahkan sumbangan RM3,000 kepada setiap seorang.

“Diharapkan semua mangsa kebakaran dapat bersabar dalam ujian ini, walaupun ia pahit untuk ditelan.

“Terima kasih kepada Majlis Daerah Jelebu kerana bersama-sama berusaha mencari premis baharu supaya ketiga-tiga peniaga yang terjejas ini dapat menyambung perniagaan mereka,” jelas Bakri.

Ketiga-tiga mangsa kebakaran ini menjalankan perniagaan mereka di Kedai Lembaga Pertubuhan Peladang Jelebu, Kuala Klawang.

Turut hadir, calon Pakatan Harapan Parlimen Jelebu, YB Dato’ Zulkefly Mohamad Omar.

Bakri turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Bomba, Kementerian Kesihatan (Jelebu), PDRM dan lain-lain agensi yang turut membantu dalam kejadian kebakaran ini.

Show More

Related Articles

Back to top button