BeritaProgram

PRU-15: Pertandingan lima penjuru di Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan) bakal berdepan saingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Aminuddin akan bersaing dengan Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P.Kamalanathan (BN) dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha (PN).

Turut bertanding dua calon bebas iaitu pengarah dan pelakon, Dr.Ahmad Idham Ahmad Nazri dan aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Port Dickson, Encik Khairy Maamor di Kompleks Pentadbiran Port Dickaon pada pukul 10.40 pagi tadi.

Parlimen Port Dickson merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat) sejak tiga penggal berturut-turut.

Pakatan Harapan memenangi Parlimen Port Dickson pada PRU-12 (2008), PRU-13 (2013) dan PRU-14 (2018).

Penyandang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memenangi Parlimen Port Dickson dalam Pilihanraya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560.

Show More

Related Articles

Back to top button