Berita

Aminuddin gesa ahli parti sampaikan maklumat kepada rakyat

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KeADILan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menggesa ahli parti KeADILan agar menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Pelbagai inisiatif dan insentif telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sejak empat tahun lalu.

“Walaubagaimanapun, maklumat ini tidak sampai pada rakyat.

“Justeru, ahli parti perlu berperanan menyampaikan maklumat berkaitan segala inisiatif dan insentif kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Ini perlu bagi mengekalkan kemenangan kita di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin di Konvensyen Pilihan Raya Negeri Sembilan di Palm Mall Hotel Seremban pada Ahad.

Aminuddin berkata, gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu bermula dari sekarang.

“Buat analisa tentang kekuatan, kelemahan dan potensi di semua DUN yang akan ditandingi oleh KeADILan

“Kuatkan semangat dan kerja keras bagi mencipta kemenangan pada PRN tidak lama lagi,” ujarnya yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button