Berita
SK Telok Kemang terima sumbangan RM3,000 daripada Nasir
BAGAN PINANG: Sekolah Kebangsaan Telok Kemang, telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
Nasir berkata, sumbangan tersebut bagi membantu piha sekolah menjalankan aktiviti pelajar.
“Sumbangan telah diberikan di Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang,” kata Nasir.