Berita
Aminuddin gesa masyarakat daftar PADU
SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyeru orang ramai supaya mendaftar ke dalam Pangkalan Data Utama (PADU).
Aminuddin berkata, masyarakat di Negeri Sembilan khususnya perlu sedar bahawa adalah penting untuk mendaftar di PADU.
“Sehingga hari ini, baru 17 peratus sahaja penduduk Negeri Sembilan yang mendaftar.
“Sistem ini adalah penting untuk diisi kerana selepas ini, kita akan selaraskan penggunaan sistem ini untuk pengagihan bantuan dan inisiatif di peringkat Persekutuan dan Negeri.
“Oleh itu, jika tuan-tuan tidak mahu mengisinya, nanti sekiranya tidak mendapat bantuan jangan cari saya atau pusat khidmat berdekatan,” kata Aminuddin.