BeritaMenarik

Aduan pembeli rumah Taman Bakti YNS akan diambil tindakan segera

LABU: Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar dengan Pegawai Bahagian Perumahan, SUK Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan perbincangan dengan pemaju dan pembeli Taman Bakti YNS, Labu untuk mendengar beberapa aduan dan masalah dalam pelaksanaan projek tersebut.

“Saya juga telah meminta pemaju untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan-aduan yang dikemukakan oleh pembeli.

“Beberapa kemudahan awam disitu juga belum lagi disiapkan kerana pembangunan disitu dilaksanakan secara berfasa.

“Tetapi semua yang disyaratkan perlu dilaksanakan oleh pemaju,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button