BeritaMenarik

Projek Residensi PR1MA Port Dickson siap 100 peratus

SEREMBAN: Projek Residensi PR1MA Port Dickson telah siap 100 peratus dan CCC atau Sijil Penyiapan dan Pematuhan untuk Projek Residensi PR1MA Port Dickson dijangka diterima dalam tempoh sebulan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, Projek Residensi PR1MA Port Dickson dibangunkan di kawasan seluas 47 ekar di Lukut dengan 659 unit rumah berharga RM240,000 sehingga RM385,000 dan hampir semua unit telah terjual.

“Kerja-kerja fizikal semua telah siap 100 peratus.

“Proses untuk mendapatkan CCC untuk projek ini ada dalam peringkat terakhir dan akan membantu dalam menyegerakan semua dokumentasi daripada agensi kerajaan.

“Saya bersama dengan ADUN Lukut dan pengurusan PR1MA telah hadir untuk melihat keadaan terkini projek tersebut,” kata Arul Kumar selepas mengadakan lawatan di projek perumahan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button