Berita

Aminuddin harap PERKESO perkasa jaringan keselamatan sosial

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berharap Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dapat memperkasakan jaringan keselamatan sosial di Malaysia.

Aminuddin berkata, PERKESO merupakan perkhidmatan yang penting kerana merupakan agensi terawal melaksanakan tindakan bantuan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 lalu.

“Dalam masa sama, perkara berkaitan keselamatan sosial pekerja terutamanya orang berinsurans mampu diselesaikan melalui jaringan kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh daripada pihak majikan mahupun golongan pekerjaan.

“Oleh itu, saya berharap agar PERKESO mampu terus bergerak ke hadapan dalam memberi jaminan kesejahteraan rakyat melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan sekaligus memperkasakan jaringan keselamatan sosial di Malaysia,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Sambutan Hari Ulang Tahun PERKESO ke-51.

Show More

Related Articles

Back to top button