Berita

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup DUN Gemas dapat sambutan

 GEMAS: Pertandingan Sepak Takraw DUN Gemas telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, sebanyak 15 pasukan bertanding.

“Semua peserta menunjukkan tahap kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

“Terima kasih kepada MPKK Kampung Sri Gemas, MPKK Kampung Bangkahulu dan MPKK Kampung Ulu Ladang yang bekerjasama untuk mengadakan pertandingan ini.

“Semoga pertandingan seperti ini dapat diadakan lagi kerana dapat mengeratkan silaturrahim antara belia di sini,” kata Siti Aishah.

 

Foto: Rozita 

Show More

Related Articles

Back to top button