Berita

Rusli sumbang RM10,000 kepada PPDK Pasir Panjang

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pasir Panjang.

Rusli berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu mereka untuk menaik taraf sistem perparitan.

“Keadaan sistem perparitan tersebut tidak sempurna dan boleh menyebabkan pusat pemulihan ini mengalami banjir kilat ketika hujan.

“Saya berharap apabila kerja-kerja naik taraf ini siap, masalah yang sama tidak akan berulang lagi,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button