Berita

Aminuddin lancar Akaun Amanah OKU Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melancarkan Akaun Amanah Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Sembilan di Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Sembilan 2021 pada petang Rabu.

Aminuddin berkata, Akaun Amanah ini diwujudkan dengan tujuan menyelaraskan sumbangan daripada semua pihak sekaligus menjamin kebajikan dan kesejahteraan OKU di negeri ini.

“Ini adalah manifestasi bahawa Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian kepada golongan OKU, malahan sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka.

“Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang mewujudkan Akaun Amanah OKU,” kata beliau.

Akaun ini akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, dan sebagai permulaan, empat syarikat telah menyumbang kepada dana tersebut iaitu:

i. Menteri Besar (Pemerbadanan) RM50,000

ii. Yayasan Negeri Sembilan RM50,000

iii. Gemencheh Granite Sdn Bhd RM20,000

iv. Negeri Roadstone Sdn Bhd RM20,000

“Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua pihak agar kita dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran mesra OKU bukan sahaja dari infrastruktur, malahan aspek-aspek lain seperti peluang pekerjaan.

“Insyah Allah, sama-samalah kita berusaha menggembleng tenaga membangunkan dan memelihara kepentingan OKU,” kata Aminuddin.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button