Berita
Rusli serah sumbangan kerusi roda kepada warga emas
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas yang kurang upaya di Kampung Linggi.
“Puan Kechik Muhamad, 90, tinggal bersama keluarga beliau.
“Beliau menghadapi masalah kurang upaya untuk bergerak disebabkan faktor usia.
“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan pergerakan beliau dan meringankan sedikit beban yang dihadapi,” kata Rusli.