Berita

Aminuddin lancar Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5 peratus dan KDNK Per Kapita sebanyak RM46,534 menjelang tahun 2025.

Sasaran terpilih yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 – 2025 (RPNS 2021-2025) adalah seperti berikut:

I. Pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5 peratus (berbanding pencapaian 2016-2019 sebanyak 2.6 peratus);

II. KDNK Per Kapita sebanyak RM46,534.00 (berbanding pencapaian 2016-2019 sebanyak RM41,079.00);

III. Guna tenaga sebanyak 501,813 orang (berbanding pencapaian 2016-2019 sebanyak 474,100 orang); dan

IV. Pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus (berbanding pencapaian 2016-2019 sebanyak 2.2%);

“Sesungguhnya, komitmen semua pihak amatlah diperlukan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan dan pencapaian objektif serta matlamat RPNS 2021– 2025.

“Oleh itu, marilah bersama-sama menjayakan agenda pembangunan Negeri Sembilan ini demi kesejahteraan bersama,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pelancaran Dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 – 2025 dan Dokumen Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 di Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button