Berita
Aminuddin minta semua ADUN jalankan tanggungjawab dengan amanah
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun meminta agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih menjadi wakil rakyat agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.
“Hal ini kerana Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menitahkan agar tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dapat dilaksanakan dengan amanah.
“Baginda juga turut menitahkan agar supaya tertib i dalam dewan ketika membahaskan sesuatu isu.
“Serta yang paling utama adalah mengutamakan kepentingan rakyat ketika berbahas,” kata Aminuddin.