Berita

Aminuddin nafi banjir kilat di Johol kerana pembukaan hutan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun menafikan kejadian banjir di Johol adalah disebabkan pembukaan kawasan hutan.

Aminuddin menjelaskan dakwaan tanaman durian yang diusahakan di kawasan itu merupakan kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

“Tanah tersebut merupakan tanah milik yayasan yang dipajakkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu kepada seorang pengusaha untuk menguruskannya.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah meletakkan syarat supaya beliau menyiapkan kolam takungan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat.

“Sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi tindakan akan diambil dengan segera,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa banjir yang berlaku bukan sahaja di Johol, malah di Kampung Ismail, Ampangan; Kampung Sungai Mahang, Nilai, dan Kampung Batang Benar, Nilai.

“Hal ini disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi.

“Sekiranya terdapat kesilapan manusia sehingga menyebabkan banjir ini berlaku, tindakan susulan akan diambil setelah mendapat maklumat,” tegas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button