Menarik
Aminuddin rai 23 keluarga asnaf di Masjid Kariah Tanah Melintang
KUALA PILAH: Sebanyak 23 keluarga asnaf dari sekitar Kampung Tanah Melintang menerima sumbangan kewangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, bahawa beliau ingin mengajak seluruh umat Islam untuk merebut pahala di bulan Ramadhan dengan amalan bersedekah.
“Islam mengunjurkan agar umatnya menjadi mukmin yang dermawan.
“Sungguh banyak keberuntungan buat orang-orang yang bersedekah.
“Sama-samalah kita berusaha menjadi mukmin yang selalu bersedekah,” ujar beliau.
Sumbangan tersebut diberikan sejurus selepas selesai berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Kariah Tanah Melintang.