Berita
Aminuddin rai bakal haji DUN Sikamat
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun meraikan bakal haji daripada DUN Sikamat.
Aminuddin berkata, majlis ringkas tersebut telah diadakan di Kediaman Rasmi beliau.
“Saya turut memberikan sumbangan kewangan bagi membantu persediaan mereka.
“Semoga mereka semua mendapat haji mabrur dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan ibadah haji, Insya Allah,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.