Berita

Aminuddin rai petugas kesihatan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah meraikan petugas kesihatan Negeri Sembilan dalam Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi beliau.

Aminuddin berkata, majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara tempoh hari.

“Saya mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kesihatan.

“Semoga seluruh warga kesihatan di Negeri Sembilan terus tekun memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat negeri ini, Insya-Allah,” kata Aminuddin.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button