BeritaProgram

Pengerusi MPKK dapat ‘Duit Raya’ RM1,000

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri kepada 433 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, seramai 433 Setiausaha MPKK turut akan menerima BKK sebanyak RM600 seorang.

“Kerajaan Negeri menerusi MBI Pemerbadanan akan memberikan Bantuan Khas Kewangan ini yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM692,800.

“Bantuan ini bagi menghargai peranan Pengerusi dan Setiausaha MPKK di kawasan masing-masing.

“Semoga bantuan ini akan menyemarakkan lagi semangat MPKK untuk bekerja lebih kuat membantu rakyat,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button