Aktiviti

Aminuddin ramah mesra bersama anggota FRU

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, beramah mesra bersama para anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FRU Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, hubungan baik Kerajaan Negeri dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terus kukuh dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Sambutan yang diadakan sangat meriah.

“Saya juga turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak FRU atas jemputan yang dipanjangkan kepada saya dan isteri,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Komander FRU Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, YDH SAC Mohd Said Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button