Berita

Rebin menyeru ahli KeADILan bantu promosi insentif Kerajaan Negeri

JEMPOL: Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham menyeru ahli KeADILan Jempol agar membantu masyarakat sekitar memohon insentif-insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Kebanyakkan ahli kita tidak tahu dan tidak mengambil tahu tentang maklumat insentif-insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Justeru, saya menyeru kepada ahli KeADILan Jempol agar mengambil tahu, mempromosi dan membantu masyarakat sekeliling dalam proses memohon insentif-insentif tersebut.

“Banyak insentif yang ditawarkan kepada rkyat oleh Kerajaan Negeri. Rugi sekiranya jika kita tidak memanfaatkannya.

“Jika anda rasa anda tidak layak dan tidak memerlukan, bantulah mereka yang layak dan memerlukan,” kata Rebin.

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol dirasmikan oleh Naib Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang, Saudara Ramli Hassan; Naib Ketua Cabang 1, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Naib Ketua Cabang 2, Saudara Azmi Mohd Darus; Ketua Penerangan Cabang, Saudara Musliadi Sabtu; Setiausaha Cabang, Mohd Akhir Rantau dan Ketua Wanita Cabang, Puan Kamaliah Othman.

Show More

Related Articles

Back to top button