BeritaMenarik

Ucapan provokatif individu dalam klip video bukan pimpinan DAP: LOKE

1. Saya mengambil maklum mengenai satu klip video yang sedang diviralkan yang melibatkan ucapan seorang ahli DAP dalam satu majlis makan malam anjuran sebuah cawangan DAP.

2. Selepas siasatan dalaman dibuat, adalah didapati majlis tersebut telah diadakan pada bulan Jun yang lalu dan bukannya semasa tempoh kempen pilihanraya. Individu berkenaan adalah seorang ahli biasa DAP dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

3. Pucuk pimpinan DAP mengutuk keras ucapan tersebut yang bersifat provokatif dan berunsurkan kata-kata kesat.

4. Klip video lama ini sengaja diviralkan oleh pihak tertentu pada waktu kritikal ini bertujuan untuk mematahkan momentum kempen PH dan BN.

5. Saya telah mengarahkan supaya status keahlian individu tersebut digantung serta merta sementara Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan susulan.

6. Saya menyeru semua penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang tidak sama sekali mewakili akhlak dan pendirian DAP.

YB LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
11 OGOS 2023

Show More

Related Articles

Back to top button