Berita

Aminuddin rendah diri, mudah didekati

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun disifatkan sebagai seorang yang rendah diri dan mudah didekati.

Puan Azah Aziz, 36, dari Seremban berkata, tidak sukar untuk beliau dan empat orang anaknya bertegur sapa dengan Aminuddin walaupun dalam kesibukan di majlis rasmi.

“Saya dan anak-anak saya sempat bergambar dengan Menteri Besar (Aminuddin).

“Beliau seorang yang humble (rendah diri) dan sangat mesra ketika kami mahu bergambar dengan beliau tadi,” ujar Azah.

Azah berkata demikian ketika diwawancara oleh Negeri Kita di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban pada Rabu.

Bangga dapat bertemu dan bergambar dengan Aminuddin

Puan Murugama, 41, ibu kepada empat orang anak dari Seremban yang menghadiri sambutan tersebut berkata, beliau dan anak-anaknya berasa bangga kerana dapat bertemu dan bergambar dengan Aminuddin.

“Saya dan anak-anak saya sangat gembira dapat berjumpa dan bergambar dengan Menteri Besar pada hari ini,” katanya.

MB ‘friendly’

Tham An Jye, 38, dan isterinya pula menyifatkan Aminuddin seorang pemimpin yang mesra.

“Menteri Besar (MB) seorang yang friendly (mesra) dan mudah didekati.

“MB tidak kisah kami sekeluarga mahu bergambar dengan beliau,” kata Tham.

Didik anak-anak semangat patriotik

Sementara itu, Azah berkata anak-anaknya sangat teruja dengan perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Murugama pula berkata beliau membawa anak-anaknya ke sambutan ini bagi menyemai semangat patriotik.

Tham dan isterinya membawa tiga anaknya ke sambutan Hari Kebangsaan bagi mendidik anak-anaknya merasai suasana sambutan kemerdekaan.

“Saya dan isteri mahu mendidik anak-anak kami tentang semangat patriotik.

“Sudah tentu anak-anak sangat gembira melihat perarakan pada hari ini selepas tidak dapat membawa mereka sejak dua tahun lepas kerana tempoh PKP,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button