Berita
Aminuddin seru jaga keindahan alam sekitar
PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar menjaga dan memulihara alam sekitar.
“Hal ini demikian kerana, menjaga dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama selari dengan tema Hari Alam Sekitar tahun ini ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.
“Besarlah harapan saya agar rakyat Negeri Sembilan dapat menyokong tekad dan azam untuk bersama mengekalkan keindahan alam sekitar di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Sembilan di Pantai Cahaya negeri, Port Dickson.