Berita

Aminuddin seru mahasiswa bantu masyarakat luar bandar

SEREMBAN: Mahasiswa selaku pemimpin masa akan datang harus menggunakan semua platform yang ada dalam membantu masyarakat khususnya di luar bandar yang mempunyai pelbagai kekangan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, mahasiswa yang tinggi sifat insani dan integriti mampu menjadi pemimpin berkaliber yang seterusnya membangunkan negara dan negeri ke arah yang lebih baik.

“Saya percaya bahawa ramai anak negeri ini berkaliber dan mampu menjadi pemimpin masa depan.

“Mahasiswa perlu mula menanamkan sifat insani dan integriti sejak awal,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian dalam sesi dialog dengan mahasiswa di Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang bernaung di bawah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di Kediaman Rasmi beliau.

Aminuddin mengucapkan terima kasih kepada pemimpin mahasiswa yang mengutarakan pandangan dan cadangan yang bernas.

Turut hadir adalah kakitangan YNS serta wakil anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

 

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button