Berita

Aminuddin seru masjid Negeri Sembilan suburkan budaya pelajari al-Quran

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru semua masjid yang terdapat di Negeri Sembilan menjadi pemudah cara bagi menyuburkan budaya membaca dan mempelajari al-Quran.

Aminuddin berkata, hal ini supaya dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat.

“Sahsiah atau akhlak yang dibina berpaksikan ajaran al-Quran yang sebenar akan berupaya melahirkan masyarakat yang bertaqwa.

“Namun demikian, telah wujud segelintir individu yang memberi tafsiran al-Quran mengikut logik akal semata-mata demi kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu.

“Perkara seperti ini perlu ditangani segera.

“Hal ini demikian kerana, fahaman sebegini dapat meruntuhkan akidah, merobohkan institusi keluarga dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam khususnya di negeri ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan.

Turut hadir Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button