Berita

Cha sumbang RM14,500 kepada SK Desa Cempaka

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin menyumbang peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka berjumlah RM14,500.

Cha berkata, ini kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah ini.

“Saya menyerahkan peruntukan Ahli Parlimen Rasah sebanyak RM11,500 bagi membolehkan pihak sekolah memasang dua set ‘roller shutter’ di dewan sekolah.

“Saya juga menyumbang RM3,000 kepada PIBG sekolah sebagai dana PIBG.

“Ini hanya permulaan, saya akan terus membantu sekolah ini agar kemudahan sedia ada dapat dinaik taraf demi manfaat dan kepentingan anak-anak yang belajar di sekolah ini,” kata Cha.

Cha berkata demikian dalam ucapan Perasmian Majlis Penutupan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-24, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.

Show More

Related Articles

Back to top button