Berita

Aminuddin seru umat Islam menjadi pemberi bukan penerima

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru supaya umat Islam hari ini menjadi umat yang memberi dan bukan meminta.

“Oleh itu kita perlu menjadikan amalan berwakaf subur dalam diri kita serta anak-anak.

“Berwakaf ini juga merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

“Dalam dunia yang maju hari ini, amalan berwakaf tidak semestinya dalam bentuk aset.

“Hari ini kita juga boleh berwakaf dalam bentuk wang ringgit,” kata Aminuddin.

Tegas beliau lagi, amalan berwakaf mampu membantu umat Islam yang lain.

“Sekiranya kita galakkan berwakaf sudah tentu kita dapat membantu pembangunan umat Islam yang lain.

“Ia mampu meringankan beban mereka dan dalam masa sama darjat kita juga turut diangkat,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button