MAINS lancar MAINSCare dan SmartWakaf
SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah melancarkan program MAINSCare dan Smart Wakaf.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut dilancarkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).
“MAINSCare akan menyediakan dan memberi makanan tengah hari kepada pelajar Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
“Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan yang dijangka memberi manfaat kepada 4,324 orang pelajar mendapat manfaat.
“Sementara itu, program Smart Wakaf pula adalah bertujuan bagi memupuk budaya berwakaf di kalangan pendidik dan pelajar.
“Ianya akan melibatkan 30 buah sekolah bersamaan 15 buah sekolah menengah dan 15 buah sekolah rendah.
“Sebanyak RM3,000 diberikan kepada setiap sekolah terlibat bagi pembelian dalam bentuk aset wakaf,” kata Aminuddin.