BeritaMenarik

Aminuddin seru pelajar tingkatkan ilmu pengetahuan

REMBAU: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru golongan pelajar agar meningkatkan ilmu pengetahuan.

Aminuddin berkata, hal ini disebabkan kerana ilmu merupakan sesuatu yang penting untuk dimiliki dan juga membezakan kita dengan orang lain.

“Ramai anak muda hari ini memilih untuk bekerja selepas habis sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kebanyakkan mereka memilih untuk memilih ekonomi gig seperti menjadi rider Foodpanda mahupun Grab.

“Bukanlah tidak bagus, tetapi sampai bila kita mahu seperti itu,” soal Aminuddin.

Aminuddin menambah pendapatan tinggi dimiliki hari ini adakah akan kekal selamanya begitu.

“Mungkin hari ini kita mendapat gaji sehingga RM6,000.

“Tetapi adakah pada masa akan datang adakah ianya masih relevan?.

“Oleh itu saya menyeru untuk terus belajar supaya dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri.

“Jika mahu bekerja secara sambilan menjadi rider itu tidak menjadi masalah,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button