BeritaMenarik

MPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan hargai sumbangan Aminuddin

REMBAU: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Encik Noriman Ariff Saiful Bahar berkata, pelbagai inisiatif serta bantuan yang telah diberikan, disalurkan kepada pihak mereka.

“Pertama sekali, Menteri Besar telah membantu dalam urusan pemasangan talian komunikasi Starlink di di UiTM dan telah melakukan penyerahan.

“Ini sudah tentu dapat membantu para pelajar mendapat capaian internet yang lebih laju dan dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

“Selain itu, beliau (Aminuddin) telah melaksanakan perkhidmatan bas rentas percuma yang sangat membantu urusan para pelajar khususnya di Kampus Rembau ini.

“Dalam pada itu, Dato’ Seri Aminuddin Harun juga selama dua tahun berturut-turut memberikan sumbangan khas kepada MPP UiTM cawangan Negeri Sembilan bagi membantu menjalankan program pelajar.

“Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana telah banyak memberikan bantuan kepada UiTM Cawangan Negeri Sembilan,” kata Noriman Ariff.

Noriman Ariff berkata demikian di Program Bersama Tokoh Sempena Minggu Destini Siswa UiTM Cawangan Negeri Sembilan di UiTM Kampus Rembau.

Majlis ini dirasmikan oleh Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button