Berita

Aminuddin sumbang RM100,000 kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, sumbangan ini bertujuan membantu persatuan bagi menjalankan aktiviti kebajikan kepada ahlinya.

“Sehingga kini, terdapat hampir 400 orang veteran yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) akibat perang, balu dan ibu tunggal serta mereka yang uzur.

“Justeru itu, mereka perlu diberi perhatian yang sebaiknya.

“Hal ini kerana, mereka sanggup menggadaikan nyawa bagi mempertahankan dan menjaga keamanan negara kita.

“Kita haruslah menghargai mereka dalam apa jua situasi.

“Tahniah dan terima kasih kepada para veteran tentera,” kata Aminuddin.

Sumbangan tersebut diwakilkan oleh Exco Belia dan Sukan, YB Taufek Abdul Ghani di Majlis Makan Malam Amal 100 Tahun Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button